PAS Tuntut PH Tunai Janji 20 Peratus Royalti Minyak


KOTA BHARU - PAS berharap Pakatan Harapan (PH) dapat memenuhi janji manifesto untuk memberi royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata rakyat akan menilai sejauh mana manifesto itu dapat dilaksanakan.

Beliau berkata janji manifesto berkaitan royalti minyak itu amat relevan dalam konteks Kelantan dan Terengganu.

PAS mempertahankan Kelantan dan merampas Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Harapan kita, bahawa hak rakyat diberi dan dihormati," katanya di sini, semalam.

Mengulas mengenai pentadbiran Kerajaan Persekutuan baharu, Tuan Ibrahim meminta peruntukan perlembagaan dihormati.

"Walaupun berlainan parti yang memerintah bahawa kerajaan ada mesti hormati perlembagaan yang ada dan jaminan perundangan," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com