Ikan Gergasi Pelik Ditemui Terdampar Di Pantai


QUEENSLAND, Australia – Seorang penduduk menemui seekor ikan gergasi berwajah pelik yang terdampar di sebuah pulau di sini.

Makhluk yang berwarna kelabu dan berbentuk leper itu ditemui terdampar di Pulau Stradbroke Utara di sini pada Rabu lalu.

Penduduk yang tidak dikenali itu berkata, dia terkejut besar apabila terserempak dengan makhluk itu menyebabkan dia tidak melepaskan peluang merakam gambar dan memuat naik di Facebook.

“Ada sesiapa yang mengetahui spesies ikan pelik yang terdampar ini,” tulisnya di bawah kapsyen gambar itu.

Beberapa pengguna Facebook tidak menolak kemungkinan itu adalah sejenis ikan sunfish yang dipercayai sepanjang 1.5 meter dan lazimnya, mampu mencecah seberat antara 247 kilogram (kg) hingga 1,000kg. – AGENSI

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com