BN Mahu Beri 'Kemenangan' Mudah Pada Mukhriz Di DUN Jitra?


ALOR SETAR – Pakatan Harapan yang menggunakan logo PKR sedang asyik menyebarkan berita palsu konon­nya calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Jitra, Datuk Aminuddin Omar sengaja diletakkan di kerusi itu bagi memberi kemenangan mudah kepada calon PKR, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Dipercayai, berita palsu itu digunakan sebagai modal kempen mereka malah dikatakan berita itu telah tersebar sejak hari penamaan calon lagi.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu adalah bagi memainkan emosi serta mengelirukan pengundi di DUN Jitra.

Tidak cukup dengan itu, difahamkan berita palsu itu turut disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, selain turut memfitnah  kononnya Aminuddin akan diberikan pekerjaan oleh Mukhriz jika bekas ketuanya itu menang kerusi DUN Jitra.

“Ada yang saya dengar mereka kata saya ini nak tanding saja-saja sebab nak bagi calon PKR, Mukhriz menang.

“Ini mungkin perang saraf yang dicipta pakar strategi pihak sana (gabungan pembangkang PKR) bagi timbulkan rasa was-was pengundi BN terhadap saya,” katanya ketika ditemui selepas menemui para pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Tinggi di Kubang Pasu, semalam memetik Utusan. - Kedahnews.com


#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com