94 Peratus Peneroka Sokong BN


BENTONG - Kadar sokongan peneroka Felda kepada Barisan Nasional (BN) kini berada pada tahap 94 peratus menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei ini

Pengerusi Felda, Tan Sri Sharir Abdul Samad berkata, setelah pelbagai tindakan diambil bagi membetulkan bebera-pa perkara dalam Felda termasuk dari segi hutang peneroka dan kemudahan, tahap keyakinan serta sokongan peneroka dilihat begitu tinggi.

“Kadar sokongan 94 peratus daripada keseluruhan jumlah peneroka itu begitu amat positif.

“Hasil gerakan muafakat yang dilaksanakan Felda, sokongan peneroka kepada Felda semakin meningkat dan men-jadi asas kepada sokongan mereka kepada parti pemerintah iaitu BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Pahang bersama-sama kepemimpinan masyarakat Felda Wilayah Mempaga, Felda Wilayah Jengka, Felda Wilayah Kuantan, Risda dan Felcra DUN Pelangai di Dewan Semai Bakti Felda Kemasul, Pelangai di sini Rabu.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Azhar Abdul Hamid dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad.

Pada majlis tersebut, FGV turut menyerahkan lima buah van komuniti bernilai hampir RM800,000 kepada lima tanah rancangan Felda bagi memudahkan pergerakan dan aktiviti kemasyarakatan penduduk setempat.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com