4 Pendaki Sesat Gunung Jerai Diselamatkan


YAN - Empat pendaki Gunung Jerai yang dilaporkan sesat sejak pagi semalam, ditemui dalam keadaan lemah pada jarak dua kilometer dari jalan utama puncak Gunung Jerai pada jam 7.25 malam tadi.

Ketua Balai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba, Fauzi Shuaib berkata semua mangsa yang berusia 25 hingga 47 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak bermaya akibat kehabisan bekalan makanan dan minuman.

Katanya, semua mangsa diberikan makanan dan minuman sebaik ditemui sebelum mereka dibawa keluar menghala ke puncak Gunung Jerai.

"Perjalanan keluar ke jalan utama mungkin akan mengambil masa lebih kurang tiga jam atau lebih memandangkan faktor keadaan yang sudah malam, dan keadaan mangsa yang sudah lemah.

"Mangsa yang berusia 47 tahun mengadu mengalami sakit dada dan muntah darah. Mereka distabilkan dengan rawatan awal daripada anggota medik APM yang turut serta dalam pencarian.

"Pasukan paramedik dari Hospital Yan juga sudah bersedia untuk membawa mangsa ke hospital untuk rawatan," katanya.

"Setakat tengah malam tadi, mereka belum tiba lagi di jalan keluar dan dijangka tiba dalam tempoh sejam lebih lagi," katanya.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com