Tak Sabar Lagi Nak Lihat Mahathir Jadi PM, Mukhriz Sanggup Lafaz...


Datuk Seri Mukhriz Mahathir cukup yakin Pakatan Harapan akan memerintah negara ini selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke14 diumumkan pada malam 9 Mei ini.

Pakatan pembangkang telah mencanang bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad akan 'mengangkat sumpah' sebagai Perdana Menteri Ke-7 malam itu juga.

Itulah yang kedengaran dalam ceramah-ceramah  Pakatan Harapan termasuk di Alor Setar, Pendang dan di Kubang Pasu. .

Malah Mukhriz turut mengungkapkan lafaz "Nauzu billahi min zalik" yang bermaksud “Kami berlindung dengan Allah daripada perkara (perkara buruk) tersebut (daripada menimpa kami), ” .

Dalam kata lain Mukhriz memohon Allah agar Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU14 ini.

Sepatutnya Muhriz berusaha dan berserah sahaja pada Tuhan jika pun mahu partinya yang diketuai DAP itu beroleh kemenangan sekaligus  mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

Sama ada Mukhriz sedar atau tidak bahawa semua yang berlaku di atas muka bumi ini adalah atas kehendak dan perancangan Tuhan.

Allah jua  yang menaikkan darjat hamba-Nya dan Dia juga yang berhak untuk menurunkannya.

Mukhriz mahu memberitahu rakyat jika BN masih terus berkuasa, ia adalah satu malapetaka (perkara buruk) bagi Malaysia.

Mukhriz juga mungkin lupa bagaimana beliau diangkat menjadi Menteri Besar dan kemudian diturunkan darjatnya daripada kedudukan itu selepas dua tahun setengah.

Malah Mukhriz dalam ucapannya berkata dia menerima dan menyifatkan sebagai 'hikmah' apabila digugurkan sebagai Menteri Besar. 

Begitu juga Dr.Mahathir yang diangkat sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum berundur dan kini mahu kembali berkuasa semula walaupun dalam usia 93 tahun. Semuanya itu telah ditentukan oleh Allah. 

Tidaklah wajar bagi Mukhriz mengungkap ayat-ayat Allah di pentas politik jika pun tidak sabar lagi untuk melihat bapanya kembali berkuasa hingga sanggup  memohon dijauhkan 'perkara buruk' jika  BN terus berkuasa. 

Berdasarkan pengajaran hadis, seseorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah menyifatkan bala bencana yang menimpa itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.

Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakal kepada-Nya dalam segala keadaan - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com