RUU Anti Berita Tidak Benar: Pemimpin PAS Terus "Bedil" Guan Eng, Mahathir


Pemimpin PAS terus 'membedil' pemimpin Pakatan Harapan termasuk Setiasusaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Tun Dr. Mahathir Mohamd kerana mempertikaikan tindakan ahli Parlimen PAS menyokong Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini.   

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, tindakan itu membuktikan pemimpin pakatan itu sudah memerlihatkan sifat kuku besi (diktator)walaupun belum  memerintah negara.

"Sekiranya mereka memerintah nanti, cuba bayangkan apa akan terjadi," kata Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam kenyataan di Harakahdaily semalam.

“Minta maaflah, ini PAS, tidak tunduk dengan ugutan, tohmahan dan fitnah,” ujarnya lagi sambil mempersoalkan kebebasan bersuara yang konon diperjuangkan oleh gabungan pembangkang  itu.

Menurut Idris apabila PAS menyokong Rang Undang-Undang Antiberita Palsu itu Pakatan Harapan  terus dilabel PAS bersekongkol dengan UMNO.

Sebaliknya, tanya Idris apabila PH menyokong RUU 164 dan PAS sahaja yang membantah, tidak mengapa pula.

Beliau turut memetik kata-kata almarhum Sayyid Qutb: "Kebatilan walaupun nampak kuat, ia tidak kekal. Kebenaran walaupun nampak lemah, tetapi ia akan menang. Insya Allah”

Mahathir yang dicalonkan oleh PH sebagai Perdana Menteri pula berjanji akan memansuhkan akta itu jika Pakatan Harapan memerintah selepas PRU14 ini. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com