Najib Tidak Mahu Negeri Kedah Terus Tercicir


ALOR SETAR – Bagi terus memacu dan membantu negeri Kedah agar tidak terus tercicir dalam arus pembangunan negara yang semakin hebat membangun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kesetiaan dan iltizam kerajaan pusat untuk terus membantu.

Memandangkan Kedah hanya bergantung kepada sektor pertanian yang terhad, beliau menegaskan negeri ini seharusnya mendapat bantuan kerajaan Persekutuan agar dapat terus mengorak langkah berkembang dengan maju.

“Kalau (terus) bagi mandat kepada kita (Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14) kita akan terus membantu negeri Kedah.

“Macam-macam projek lain lagi kita akan bagi termasuk untuk meningkat ekonomi negeri seperti Zon Ekonomi Sempadan Khas Bukit Kayu Hitam, naik taraf lapangan terbang di Alor Setar termasuk penambahan loji air,” katanya.

Beliau berkaya ketika berucap melancarkan Projek Pembinaan Hospital Pendang dan Majlis Bersama Rakyat di Pendang, semalam.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Perdana menteri turut berkata perkara itu akan terus disokong dengan kemampuan ekonomi negara kini yang semakin mengukuh.

“Dijangkakan pada tahun ini ekonomi negara akan berkembang lagi sejajar dengan pengiktirafan badan antarabangsa seperti Bank Dunia,” katanya.

Jelasnya lagi, politik yang dimainkan BN merupakan politik yang saling bantu-membantu antara rakyat dan kerajaan selain kerajaan Persekutuan yang mahu memastikan tiada mana-mana pihak tercicir dalam arus pembangunan itu.

“Inilah politik BN untuk menolong dan membantu rakyat dan bukannya politik pembangkang yang mai (datang) sekali-sekala (untuk membantu rakyat),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib mrngumumkan projek pembinaan Hospital Pendang akan bermula pada 7 Mei ini dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM210 juta.

“Saya boleh mengesahkan bahawa saya telah pastikan penantian begitu lama penduduk di sini sudahpun berakhir,” katanya.

Jelas Najib, rundingan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha telah diadakan bagi memastikan pelantikan kontraktor bagi projek hospital itu dapat disegerakan.

“Saya tidak mahu datang ke Pendang dengan tangan kosong kerana saya tahu penduduk mahu hospital baharu.

“Saya mahu cari jalan bagaimana mahu jumpa satu kaedah jalan pintas lantik kontraktor dengan kaedah paling sesuai supaya saya boleh lancarkan projek hospital ini,” katanya.

Bagi memastikan lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan di Pendang, beliau berharap pengundi di kawasan Parlimen itu terus memberi mandat kepada BN pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei nanti. - Kedahnews.com


#JomBN
#BersamaBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku
#PRU14
#GE14
#UndiBN
#BR1M
#ManifestoBN
#HarapanPalsu
#HarapanBohong
 #TolakDAP
#PakatanDAP
#SinsofMahathir         
#DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com