Mukhriz Patut Tanya Mahathir, Kenapa Kedah Tidak Maju Seperti Selangor


Kedah sepatutnya sudah maju seperti Selangor dan Johor, bukan lagi mundur semacam Kelantan kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir semasa berucap pada majlis memperkenalkan calon gabungan pembangkang di Alor Setar semalam.

Bagaimanapun Mukhriz lupa bahawa Kedah juga di bawah kuasa bapanya yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun antara 1981 - 2003.

Namun Dr. Mahathir tidak memikirkan masa depan penduduk negeri bagi memajukan tanah besar Kedah termasuk dalam  sektor pertanian walaupun beliau anak negeri ini dan menjadi ahli Parlimen Kubang Pasu dengan  menjawat di pelbagai jawatan di kementerian termasuk Timbalan Perdana Menteri.

Kenapa baharu sekarang Mukhriz dan pakatan pembangkang baharu berfikir bagaimana hendak majukan Kedah agar setanding dengan Selangor dan negeri lain.

Bekas Menteri Besar yang digugurkan pada awal 2016 itu dan pakatan pembangkang patut menyalahkan Mahathir  jika mendakwa Kedah masih mundur hingga sekarang.

Mukhriz yang menyifatkan  penggugurannya  daripada jawatan Menteri Besar sebaga satu hikmah menyatakan impiannya untuk memajukan Kedah walaupun beliau sedar Perdana Menteri, Datuk Najib Razak telah melakukan segala-galanya untuk Kedah selepas tidak begitu diperdulikan oleh Mahathir.


Antara projek yang gagal dilaksanakan oleh Mahathir semasa menjadi ketua pentadbiran negara ialah Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam yang kini akan dibangunkan semula oleh Najib sebagai Zon Ekonomi Khas bagi melonjakkan pembangunan serta limpahan sosioekonomi kepada rakyat di negeri ini khususnya penduduk Kubang Pasu.

Projek gagal lain yang ditinggalkan oleh legasi Mahathir di Kedah ialah Perwaja Steel di  Gurun yang mengalami kerugian berbilion ringgit

Namun, Mukhriz  yang cukup merasa bangga dengan kejayaaan bapanya membangunkan negara pula seperti  malu untuk menyebut projek yang gagal dilaksanakan pada zaman pemeritahan orang tuannya itu.

Walaupun Najib anak Pahang, beliau tetap memberi tumpuan untuk membantu Kedah terus membangun denggan melaksanakan berbagai projek melalui peruntukan yang cukup besar.

Namun demikian Mahathir dan Mukhriz kini cuba memejamkan mata dengan usaha yang dilaksanakan Najib dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bagi memajukan dan membantu penduduk Kedah dengan menyalurkan pelbagai bantuan dan membawa projek baru untuk negeri Jelapang Padi ini. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com