Kerajaan Serius Lakukan Urbanisasi Berbalik Luar Bandar


BAGAN DATUK – Kerajaan telah menukar pendekatan untuk melakukan transformasi urbanisasi berbalik, iaitu mengubah landskap luar bandar, dengan membawa urbanisasi dan pelbagai kemudahan prasarana secara holistik ke kawasan itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memberi perhatian serius terhadap pendekatan tersebut dan tranformasi itu dibuat sebagai perimbangan urbanisasi di kawasan luar bandar bagi memastikan penduduknya tidak tertinggal dalam arus pembangunan negara.

Jelas beliau, proses urbanisasi berbalik iaitu memperbandarkan kawasan luar bandar menjadi bandar, dilakukan setelah kerajaan mula menilai dukungan dan sokongan masyarakat luar bandar yang selama ini dilihat lebih konsisten menyokong kerajaan sedia ada.

“Kerajaan sering membuka mata dan membuka telinga, bukan hanya untuk dengar rintihan rakyat tapi juga degup jantung, gerak nadi serta sanubari rakyat terutama di kawasan pedalaman dan kawasan pinggir bandar yang mungkin suatu ketika dahulu terlepas pandang kerana tumpuan banyak di kawasan bandar, tapi orang bandar tidak memberi sokongan pun kepada kerajaan.

“Ini kerana, pada mereka semua kemudahan itu memang layak mereka dapat kerana tinggal di bandar. Maka dalam keadaan itulah kerajaan mula menilai dukungan dan sokongan masyarakat pendesaan dan luar bandar,” katanya. -Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com