Janji Jawatan Menteri Kepada Dua Anggota DAP, Guan Eng Tak Hormati Mahathir


Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Ibrahim baharu sedar bahawa DAP itu adalah parti Cina dan tentunya akan mengutamakan ahli atau bangsanya dahulu sebelum memikir rakan sekutunya yang lain.

DAP akan melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan sesiapa sahaja untuk parti itu  berkuasa di negara ini.

Zahid yang dikatakan tidak terpilih untuk menjadi calon DAP pada PRU  meluahkan perasaannya itu berkata:  " Parti Cina dalam Pakatan Harapan umumkan mereka sudah ada dua bakal menteri. Mungkin akan ada lagi...,"

Menerusi akaun Twitternya itu Zahid menyindir parti-parti Melayu dalam pakatan pembangkang kerana masih senyap  dalam isu 'perlantikan' menteri itu .

"Begitulah sikap Melayu, malu dan segan untuk suarakan pendapat. Tiada apa yang berubah,'' ujar Zahid lagi

Beliau membidas sikap pemimpin parti berteraskan Melayu dalam gabungan pembangkang PKR kerana masih membisu dan ‘malu’ memperkatakan tentang calon jawatan menteri jika berjaya menubuhkan kerajaan kelak.

Ini berbeza dengan DAP yang lebih proaktif apabila sudah menamakan dua calon yang bakal diangkat menjadi menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Setiasaua Agung Lim Guan Eng dalam ceramahnya baru-baru ini telah menjanjikan jawatan menteri kepada dua pemimpin DAP jika mereka menang pada PRU ini.

Pemimpin DAP yang dijanjikan jawatan kabinet itu terdiri Nga Kok Meng yang dijangka mencabar Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong  di Teluk Intan sementara Chin Tong yang dijangka menentang  Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong di Parlimen Ayer Hitam. -

Mengulas perkara itu, anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khaled berkata Pakatan Harapan sebenarnya dikuasai DAP sementara Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dijanjikan jawatan Perdana Menteri hanya alat oleh parti itu.

Malah sebelum ini Dr. Mahathir sendiri mengakui dirinya sedia diperalatkan dan Guan Eng pula menyatakan DAP memerlukan bekas Perdana Menteri itu untuk menjatuhkan Barisan Nasional.   

Sepatutnya senarai jawatan menteri pakatan itu diumumkan oleh  Dr. Mahathir kerana beliau adalah pengerusi pakatan pembangkang dan bakal dinobat sebagai perdana menteri,” kata Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan. -  Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com