700,000 Rakyat Syria Jadi Pelarian


GENEVA - Hampir 700,000 rakyat Syria dipaksa meninggalkan kediaman masing-masing tahun ini, berikutan pertempuran di beberapa wilayah di negara itu.

"Saya amat mengambil berat berhubung perpindahan besar-besaran hampir 700,000 penduduk Syria sejak awal tahun ini, berikutan peperangan berterusan di negara ini," kata penyelaras kemanusiaan serantau mengenai krisis Syria, Panos Moumtzis dalam satu kenyataan.

Lebih 400,000 penduduk sudah dipindahkan dalam operasi tentera di Idlib, selain 133,000 di Timur Ghouta, namun keganasan masih berterusan di selatan Damsyik dan utara Homs serta timur laut dan selatan Syria. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com