Obama Anggap Korea Utara Ancaman Sebenar


TOKYO - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama beranggapan Korea Utara memberi 'ancaman sebenar' dan memerlukan kerjasama antarabangsa sebagai jalan penyelesaian.

Beliau yang membuat kunjungan ke Jepun, semalam berkata AS perlu memastikan sistem pertahanan diletakkan di tempat yang sesuai sebagai tujuan melindungi negara di rantau ini daripada peluru berpandu rejim Pyongyang.

"Korea Utara adalah ancaman sebenar yang mencipta program senjata nuklear serta sistem penghantaran yang memberi ancaman, bukan hanya kepada rantau ini tetapi seluruh dunia," katanya dalam ucapan di Tokyo.

"Setakat ini, kita tidak melihat kemajuan yang jelas seperti yang dijangkakan, namun satu perkara yang sangat penting untuk diiktiraf secara individu adalah tiada negara boleh menyelesaikan masalah ini jika kita semua tidak bekerjasama," katanya.

Katanya lagi, Korea Utara ialah 'sebuah negara dipinggirkan daripada norma antarabangsa dan tidak menjalinkan kerjasama dengan negara luar' sekali gus menjadikan ia sukar untuk diberi tekanan terhadap rejim yang terpencil itu. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com