Kak Wan Tidak Pernah Mimpi Duduk Bersama Mahathir


Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak pernah bermimpi untuk duduk bersama dengan  Tun Dr. Mahathir Mohamad sekarang ini.


Beliau bagaimanapun  mengakui  masih terasa hati dengan tindakan dan perlakuan  Dr. Mahathir hingga menyebabkan  suaminya terperuk dalam penjara selain memecat Anwar daripada UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.


Dr. Mahathir dan Wan Azizah yang kini  berada dalam 'satu kapal pembangkang ' bersama DAP, boleh bekerja rapat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak. 

  
Wan Azizah yang juga Presiden Pakatan Harapan bagaimanapun tidak berdendam lagi terhadap bekas Perdana Menteri 22 tahun yang berusia 93 tahun itu.


Malah Wan Azizah juga bersetuju menyerahkan calon Perdana Menteri kepada Dr. Mahathir walaupun pada awalnya mahu Anwar berada di kedudukan itu.


"Dahulu Anwar Ibrahim jadi tahanan politik di Kamunting dan keluar dibebaskan serta dipelawa masuk UMNO. Dalam hati Anwar, tiada dendam lagi," kata Wan Azizah berucap pada majlis minum petang bersama Presiden Pakatan Harapan di perkarangan Bilik Gerakan Pakatan Harapan di Kampung Repoh, Batu Kurau, Perak semalam.


"Nak fikirkan hati, memanglah orang Melayu kata, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Memanglah kadang-kadang terasa juga..."katanya di petik dari Utusan.


Jika Wan Azizah boleh melupakan perlakuan Dr. Mahathir itu, tidak makna lagi ahli PKR meneruskan perjuangan reformasi yang dipelopori oleh Anwar untuk menyingkirkan Mahathir.


Namun, anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR masih lagi  melaungkan 'reformasi' di akhir ucapan beliau. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com