Fitnah Terowong P.Pinang: Azeez Buat Laporan Polis


TANGKIS… Akibat ketandusan isu baharu bagi dijadikan bahan politik, jentera maya pembangkang terpaksa membuat cerita palsu waima tergamak menyebarkan fitnah melibatkan individu tertentu.

Selepas kantoi mereka dakyah jahat konon Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menaja sekumpulan jemaah dari Baling, Kedah menunaikan ibadah umrah, kini nama beliau dikaitkan dengan kes lain.

Terbaharu Ahli Majlis Tertinggi UMNO dituduh konon menerima bayaran RM3 juta dan surat tuntutan Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. berhubung kerja rundingan berkaitan projek terowong bawah laut di Pulau Pinang.

Tohmahan palsu itu menyebabkan Abdul Azeez hari ini terpaksa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 9.30 pagi sambil diiringi oleh kira-kira 50 orang penyokong tegarnya.


Terdahulu, beliau dilaporkan mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor selepas tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi.

Pada 27 Februari lalu, Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling menafikan dakwaan berhubung projek terowong bawah laut Pulau Pinang dan bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes itu.

Menurutnya lagi beliau sendiri pun tidak tahu apa-apa berkenaan dakwaan itu menyifatkan ia sebagai tuduhan liar yang jelas berniat jahat mahu menjatuhkan imej dirinya terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 kelak.

Malahan pada sidang akhbar itu, Abdul Azeez berkata dalam sejarah politiknya ini kali pertama beliau membuat laporan polis kerana fitnah dan serangan serius serta menafikan terima RM3 juta. – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com