Video: Tembak Kepala Sendiri Lepas Dicabar Bapa


PADAH mencabar anak tidak bertempat, seorang bapa menyesal tak sudah apabila anak lelakinya maut gara-gara tertembak diri sendiri menggunakan sepucuk pistol, pada Sabtu lalu

Insiden mengejutkan itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada malam Sabtu lalu di sebuah premis perniagaan yang juga merupakan kediaman mereka sekeluarga di Pattaya, Thailand.

Bapa berkenaan, Anupap Boonrod ketika kejadian dikatakan naik berang dengan mangsa, Tossawat Boonrod, 21, kerana kerap habis masa bermain telefon bimbit dan tidak mahu bantu ibunya menguruskan kedai mereka.

Kesal teguran tidak diendahkan, Anupap yang juga merupakan seorang anggota polis kemudian mengeluarkan pistolnya yang berisi peluru hidup dan meletakkan senjata api tersebut di atas meja.

Dia kemudian mencabar Tossawat menembak diri sendiri atau berhenti membuang masa dengan aktiviti yang dianggap tidak mendatangkan faedah itu.

Tanpa diduga, Tossawat mengambil pistol itu lalu mengacu tepat di bahagian telinga kanan sebelum melepaskan tembakan dan kejadian itu berlaku di depan mata ibu mangsa.

Terkejut dengan bunyi tembakan itu, si bapa pada awalnya menyangka mangsa menembak ke tempat lain lalu melempang kepala anaknya itu.

Akibatnya, mangsa yang terdahulu mati dalam keadaan terduduk, terjatuh ke lantai dan saat itu barulah dia menyedari anaknya sudah mati, lalu mengelupur di lantai menyesali perbuatannya itu.

Ibu mangsa kemudian segera meluru ke arah mangsa dan mengambil dan membuang pistol tersebut kerana bimbang suaminya akan bertindak sama seperti mangsa.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com