PPBM, Mahathir Rumitkan Pembahagian Kerusi Pakatan Harapan?


Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua pihak (DAP, PKR, PAN dan PPBM) supaya bersetuju dan menyokong keputusan pembahagian kerusi yang diputuskan pucuk pimpinan pakatan itu.

Beliau mengakui terdapat masalah pembahagian kerusi kerana akan ada banyak pihak yang tidak parti berpuas hati.

Kata Pengerusi PPBM itu lagi, kawasan ditandingi tidak penting kerana tiada guna  kalau jadi calon jika bertanding tetapi kalah.

Dr. Mahathir memberi ingatan itu ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan Pulau Pinang di SP Arena malam tadi.

Kenyataan Dr. Mahathir itu tentunya merujuk kepada pertelingkahan berlaku antara parti dalam Pakatan Harapan berhubung pembangian. kerusi yang dianggap tidak adil atau berat sebelah.

Berdasarkan kenyataan calon Perdana Menteri daripada  Pakatan Harapan, parti-parti pembangkang masih bergelut dalam memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang dan negeri lain yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pakatan Pulau Pinang 'tidak berani' mengumumkan agihan kerusi DUN selepas timbul kekecohan dalam agihan kerusi di peringkan Negeri Simbalan. 

Tidak seperti PRU13, Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS mampu menyelesaikan pembahagian kerusi tanpa ada pihak yang 'memberontak' seperti PRU14.

Namun kali ini, ketika Dr Mahathir menjadi pengerusi gabungan pembangkang yang baharu, masalah pembahagian kerusi menjadi semakin rumit kerana ada parti sekutu yang diketepikan peranan mereka.

Keputusan PAS tidak bersama pembangkang lagi dan kehadiran dua parti baharu PAN serta PPBM dikakan merumitkan pembabagian kerusi pada PRU kali ini. 

Dalam masa yang PKR terpaksa mengorbankan kerusi yang pernah ditandingnya kepada kedua parti itu sementara harapan DAP untuk menambah kawasan juga dikatakan terhalang.

PPBM yang ditubuhkan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat cuba untuk 'memonopoli" kerusi Parlimen dan DUN di sesetengah negeri hingga membelakangkan PAN, sebuah parti serpihan PAS yang ditubuh lebih awal daripada PPBM.

Benarlah seperti kata pemimpin PAN di Kedah, jika tidak ada PPBM, akan memudahkan PAN  bertanding di kawasan yang 'ditinggalkan' oleh PAS.

Kehadiran PPBM dan Dr. Mahathir yang masih membawa sikap diktator dan apatah lagi diberi kuasa dalam Pakatan Harapan dikatakan turut menjadi punca keretakan antara parti dalam gabungan parti pembangkang..

"Kita akui akan ada masalah pembahagian kerusi, akan ada rasa kecewa apabila kawasan yang diharapkan dapat kepada parti lain, " kata Dr. Mahathir yang tidak dapat lagi menyembunyikan  konflik baharu yang dihadapi oleh Pakatan Harapan.

Dr Mahathir tiada pilihan lagi selain menggesa anggota pembangkang supaya membelakangkan parti mereka masing-masing demi kepentingan dan kemenangan Pakatan Harapan.

"Kalau nak bersatu, kita kena belakangi (kepentingan) parti sendiri dan utamakan Pakatan Harapan supaya kemenangan itu akan dikecapi," katanya.

Walaupun timbul rasa tidak puas hati oleh PAN kerana mendapat hanya 27 kerusi Parlimen, Dr. Mahathir mendakwa  Pakatan telah mencapai 'kejayaan besar' kerana empat parti telah bersetuju dalam pembahagian kerusi peringkat Parlimen.

Bulan lepas, Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan kecoh apabila kira-kira 40 anggota PPBM yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi DUN sementara di Selangor PAN dan PKR saling menyerang tentang perkara yang sama.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com