90 Pendatang Maut Dalam Bot Karam Di Libya


GENEVA - Kira-kira 90 pendatang tanpa izin dikhuatiri lemas selepas bot yang membawa mereka dilaporkan terbalik di perairan Libya, awal pagi kelmarin.

Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM) bagaimanapun, mengesahkan tiga terselamat dalam kejadian itu manakala 10 mayat terdampar di pantai.

Mangsa terselamat memberitahu pasukan penyelamat, kebanyakan penumpang bot adalah pendatang dari Pakistan yang berhasrat meneruskan perjalanan ke Itali, kata jurucakap IOM, Olivia Headon dalam satu sidang akhbar, di sini.

"90 dianggarkan terkorban dalam tragedi bot karam ini, namun kami masih berusaha mendapatkan jumlah sebenar mangsa yang maut dalam kemalangan ini" katanya. - Reuters.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com