Inikah Raut Wajah Remaja Yunani Purba?


Hasil penemuan wajah fosil remaja dari zaman purba berjaya dilakukan oleh penyelidik dan hasilnya tidak kurang hebatnya.

Dinamakan Avgi, remaja itu tinggal di Greece sekitar 7,000 tahun sebelum Masihi atau pada akhir zaman Mesolitik.

Penyelidik dari Universiti Athens, Greece, menganggarkan bahawa Avgi hidup dalam tempoh peralihan masyarakat yang memburu dan bercucuk tanam.

Inilah sebab penyelidik memberinya nama Avgi.

Ahli arkeologi tidak banyak mengetahui tentang kehidupan Avgi dan bagaimana dia meninggal, tetapi para penyelidik berjaya membentuk wajah wanita itu, dengan memperlihatkan alisnya yang tebal, dagunya bersama lehernya.

Sebelum ini, penyelidik juga berjaya membina wajah gadis Athena yang berusia 11 tahun bernama Myrtis yang tinggal sekitar 430 sebelum masihi.

Bagaimanapun, para penyelidik mengkaji bahawa Myrtis meninggal akibat penyakit kepialu.

sehubungan itu, wajah Avgi telah dipamerkan di Muzium Acropolis pada hari Jumaat.

Proses re-engineering wajah Avgi melibatkan banyak pakar dari pelbagai bidang yang turut sama menjayakan proses itu termasuk ahli endokrinologi, ortopedis, pakar neurologi, ahli patologi, dan ahli radiologi.

Mereka telah menyusun semula wajah Avgi secara tepat.

Pasukan binaan semula itu diketuai oleh Manolis Papagrigorakis, seorang doktor gigi dan Oscar Nilsson, ahli arkeologi Sweden yang mengkhususkan diri dengan rekonstruksi muka fosil dari Zaman Batu.

“Zaman Batu adalah zaman yang sangat panjang dan berbeza dengan masa kita, tetapi secara fizikalnya hampir sama,” kata Nilsson, yang dipetik dari National Geographic, Jumaat (19/1/2018).

Nilsson mula-mula mengimbas bahagian tengkorak Agvi, kemudian diukur dengan tepat sebelum membuat cetakan tiga dimensi.

Selepas itu, satu replika kepala Agvi telah dibuat. Tengkorak Agvi telah ditemui oleh penyelidik pada tahun 1993 di gua Theopetra, tapak di Greece yang telah didiami secara berterusan selama kira-kira 130,000 tahun.

“Ketebalan daging pada mata anatomis tertentu akan kelihatan apabila bahagian replika dimeteraikan,” katanya. Ini membolehkan Nilsson menyempurnakan muka Avgi selepas rangkuman otot.

Sementara itu, ciri-ciri wajah Agvi dibuat berdasarkan pengukuran tengkorak dan warna kulit dan mata, dimana para penyelidik mengkaji ciri-ciri umum wanita di rantau ini.

“Tengkorak dan ciri wajah Avgi sangat unik,” kata Nilsson.

“Setelah membina semula ramai wanita dan lelaki zaman batu, saya fikir beberapa ciri wajah kelihatan hilang atau berubah dengan perubahan masa,” katanya.

Ini bukan kali pertama Papagrigorakis, Nilsson, dan pasukan Universiti Athens sedang membina semula fosil wajah kuno.

Selepas berjaya membina semula wajah Myrtis dan Avgi, para penyelidik merancang untuk membina semula ratu Peru purba pada bulan Disember, dengan menggunakan teknologi tiga dimensi yang canggih.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com