Dubur Berdarah Akibat Cacing Dari Ikan Salmon Mentah


Seorang lelaki di California, Amerika Syarikat, yang gemar makan sushi terutama daging ikan salmon mentah, terkejut apabila cacing pita sepanjang lebih 1.6 meter keluar dari duburnya ketika ke tandas.

Dr Kenny Bahn yang memberitahu rancangan laman web ‘This Won’t Hurt A Bit’ semalam, berkata pesakit dari Fresno itu pergi ke unit kecemasan Pusat Perubatan Komuniti meminta rawatan masalah cacing dan buang air besar berdarah.

Menurut Daily Mail lapor Metro, menurut Bahn, apabila ditanya mengenai cacing itu, lelaki berkenaan menunjukkan bukti, cacing pita yang dibelit pada gulungan tisu tandas.

“Ukuran cacing itu lebih 1.6 meter dan menurut lelaki berkenaan, parasit terbabit ‘menggeltik’ keluar dari duburnya ketika dia duduk di atas tandas.

“Lelaki itu menyangka ususnya yang terkeluar. Dia kemudian dia menarik cacing itu keluar,” katanya.

Lelaki itu berkata dia tidak pernah ke luar negara namun makan salmon mentah setiap hari.

Tahun lalu, jabatan kesihatan Amerika memberi amaran salmon yang ditangkap di perairan Alaska mungkin mempunyai cacing pita.

Ikan itu yang dimakan mentah boleh menyebabkan jangkitan membawa kepada masalah penghadaman serta masalah jantung dan hati.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com