Mr.Bean Bakal Jadi Bapa Lagi Pada Usia 62 Tahun


PELAKON watak Mr.Bean, Rowan Atkinson, bakal menjadi bapa buat kali ketiga pada usia 62 tahun.

Pasangannya, Louise Ford, yang juga seorang pelakon, dilaporkan akan melahirkan bayi mereka dalam beberapa minggu lagi.

Ford, 33, mengenali Atkinson ketika mereka terbabit dalam satu pementasan teater di West End pada 2012.

Atkinson bercerai dengan Sunetra Sastry pada 2014, dan mula keluar bersama Ford beberapa minggu selepas itu.

Menurut sumber seperti yang dipetik dalam laporan The Mirror, Atkinson sudah tidak sabar untuk menyambut orang baru dalam hidupnya.

"Sudah lama dia (Atkinson) tidak merasai perasaan itu. Sekali lagi menjadi bapa selepas bertahun-tahun, tentu dia sangat teruja," kata sumber itu.

Bersama bekas isterinya, Atkinson memiliki dua anak, Ben, 23, dan Lily, 21.

Sebelum ini, hubungan Atkinson dengan anak-anaknya, terutamanya Lily, dilaporkan tegang selepas Atkinson dikatakan tidak merestui kerjaya anak perempuannya itu sebagai penari burlesque.

Sumber: Astro Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com