"Cikgu Jangan Mainkan Cinta Saya, Boleh?" - Budak Darjah 5


Kes cikgu kacak menjadi perhatian netizen. Apa yang lagi mencuit hati kali ini, cikgu senyum kat pelajar lain pun dah jealous ye? Aduhhh..

Sudah menjadi lumrah manusia suka yang indah dan cantik. Tidak kiralah tengok manusia ke, pemandangan ke, yang pasti kita pasti akan tergoda bila melihat sesuatu yang cantik.

Baru-baru ini tular di laman Facebook berikutan sekeping surat cinta yang diterima oleh seorang guru kacak bernama Hanafi.

Surat tersebut dikirim oleh salah seorang murid darjah lima di sekolahnya, Fatimah.


Menerusi surat tersebut, Fatimah mencoretkan perasaan cemburu kerana cikgu tersebut telah melemparkan senyuman kepada rakannya yang bernama Shila.

“Assalamualaikum, cikgu hensem. Semalam cikgu senyum pada Shila. Cikgu minggu lepas dah senyum pada saya. Saya dah terima cinta cikgu. Cikgu jangan mainkan cinta saya, boleh?,” ujar gadis berkenaan menerusi surat tersebut.

Selain itu, murid itu juga turut menyatakan bahawa dia menangis kerana diperlakukan sedemikian dan tidak dapat hadir diri pada hari berkenaan berikutan sakit hati.

“Saya menangis ni cikgu, saya cuti hari ini sebab sakit hati.Mak saya belum tahu,” katanya lagi.


Sakit hati sampai tak datang sekolah? Aduhhh dikkk…

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 2,000 likes dan 900 shares di laman Facebook itu menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen di mana rata-rata antara mereka terhibur dengan isi kandungan surat berkenaan.

Apa yang lagi mencuit hati kami, murid ni begitu gigih membetulkan terlebih dahulu setiap ejaan yang salah sebelum menghantar pada guru berkenaan.

Tapi memang patutlah adik ini cemburu, Cikgu Hanafi ni sememangnya agak kacak juga rupanya. Malah mungkin ada ibu murid yang akan "cair" melihatnya.


Jangan ketawakan budak darjah lima ini, anak kita pun belum tentu perangainya bagaimana nanti. Mungkin bagai malaikat di depan kita, tapi di belakang kita hanya Allah dan malaikat saja yang tahu! - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com