Lelaki Hidup Semula Selepas Nadi Terhenti Selama 40 Minit


NORTH CAROLINA  - Seorang lelaki yang ‘di­sahkan meninggal dunia’ selepas denyutan jantungnya terhenti selama 40 minit berjaya ‘dihidupkan’ semula selepas diberi bantuan Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR).

John Ogburn, 36, diserang sa­kit jantung di rumahnya di Charlotte dekat sini ketika sedang melakukan kerja pada 26 Jun lalu sebelum ahli keluarganya menghubungi talian kecemasan 911.

BBC melaporkan, dua anggota polis, Lawrence Guiler dan Nikolina Bajic yang tiba di lokasi, secara bergilir-gilir memberi bantuan CPR dan berjaya menyelamatkan nyawa Ogburn.

Salah seorang pegawai polis itu memberitahu, mengikut prosedur operasi standard (SOP), mereka hanya perlu melakukan CPR untuk tempoh 20 minit.

Ogburn kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan susulan.

Dia juga telah dinasihatkan untuk tidak memandu kereta sekurang-kurangnya enam bulan dan hanya dibenarkan melakukan kerja-kerja ringan.

“Kini saya perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang kedua yang diberikan kepada saya,” katanya yang melahirkan penghargaan kepada anggota polis dan pihak hospital kerana berjaya ‘menghidupkan nyawanya’ semula.

Seorang pensyarah dari Fakulti Perubatan, University of Alabama, Prof. Dr. Michael Kurz berkata, apa yang berlaku me­nunjukkan kepentingan CPR dalam ‘ke­langsungan hidup’.

Beliau berkata, lebih 350,000 serangan jantung berlaku di Amerika Syarikat setiap tahun dan 90 peratus daripada jumlah itu berakhir dengan kematian sebelum berjaya diselamatkan oleh pasukan perubatan.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com