Iktibar Cubaan Rampasan Kuasa Di Turki


RAKYAT Malaysia harus mengambil iktibar daripada kejadian cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki pada 15 Julai tahun lalu.

Duta Besar Malaysia ke Turki, Abd Razak Abdul Wahab berkata, cubaan rampasan itu berjaya dipatahkan apabila rakyat daripada semua lapisan masyarakat turun mempertahankan sistem demokrasi.

“Apa yang berlaku pada 15 Julai 2016 sesuatu yang cukup mengejutkan seluruh rakyat Turki apabila pegawai termasuk dari pasukan keselamatan cuba melakukan rampasan kuasa.

“Ketika itu permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan supaya rakyat keluar beramai-ramai mempertahankan sistem demokrasi berjaya mematahkan cubaan kudeta itu namun dianggarkan 259 nyawa terkorban pada hari itu.

“Sebab itu saya melihat apa yang boleh kita belajar ialah gunakan sistem pilihan raya jika mahu menukar kerajaan, bukan dengan cara lain yang tidak demokrasi,” katanya yang bertemu wartawan dari Malaysia di pejabatnya di Ankara, Turki, kelmarin.

Wakil daripada agensi media dari beberapa negara termasuk Malaysia dijemput Pejabat Perdana Menteri Republik Turki untuk mengikuti beberapa program bagi memperingati ulang tahun pertama cubaan rampasan kuasa yang berjaya dipatahkan pada 15 Julai ini.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com