Hotel Tergantung Tarikan Terkini Gunung Parang


HOTEL tergantung di lereng tanah tinggi pada kedudukan 900 meter bakal menjadi tarikan terkini Badega Gunung Parang, Purwakarta di Jawa Barat.

Sepuluh bilik akan mula ditawarkan mulai September ini khusus buat penggemar aktiviti lasak dan pendakian.

"Hotel tergantung di Gunung Parang dijangka menarik kehadiran pengunjung yang gemarkan cabaran," pemerintah daerah itu, Dedi Mulyadi yang dipetik kompas.com.

Persekitaran yang begitu mengujakan bermula dari pemandangan pergununan hingga ke empangan Jatiluhur dapat dilihat dengan jelas dari bilik hotel berkenaan.

Keunikan penginapan tanah tinggi yang diharap dapat meningkatkan sektor pelancongan Indonesia itu mengutamakan aspek keselamatan.

Setiap bilik dibina menggunakan kerangka besi yang dipacak ke batu gunung  menggunakan peralatan khusus pada ketinggian berbeza dan bilik paling mahal terletak pada kedudukan paling tinggi.

Sementara itu, pendaki Dhany Daelami yang juga operator pelancongan sekitar gunung berkenaan memuji pembinaan hotel berkenaan.

"Setakat ini, satu bilik telah siap digantung dan dalam proses untuk dilengkapkan dengan hiasan dalaman dan juga kemudahan air," katanya.

Kata Dhani, Gunung Parang yang tingginya mencecah 1,000 meter di atas pasar laut sememangnya popular di kalangan pendaki dalam dan luar negara.

"Gunung ini mempunyai struktur batu, menegak dan mendatar dan memerlukan tempoh hingga 1.5 jam untuk sampai ke puncak," katanya.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com