5 Remaja Ditahan Disyaki Pukul Pelajar Enggan Sertai Kongsi Gelap


JOHOR BAHRU - Polis menahan lima remaja lelaki yang disyaki memukul seorang pelajar sekolah menengah di Taman Impian Emas, Ahad lalu.

Kesemua suspek berusia antara 15 hingga 19 tahun itu ditahan dalam dua tangkapan berasingan semalam kerana disyaki memukul pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun ekoran enggan menyertai kumpulan kongsi gelap.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, empat daripada suspek itu ditahan di negeri ini awal pagi, manakala seorang lagi ditahan di Melaka.

Katanya, tiga daripada lima suspek kini ditahan reman hingga esok manakala dua lagi akan mula direman hari ini.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan kerana polis tidak akan memberikan ruang kepada kemasukan elemen gengsterisme menular di sekolah,” katanya sam memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. 

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com