Wanita Singapura Sertai Daesh Ditahan



SINGAPURA - Kerajaan Singapura menahan seorang pekerja pembantu pusat jagaan kanak-kanak kerana disyaki cuba menyertai kumpulan pengganas Daesh dan ingin berkahwin dengan anggota kumpulan berkenaan di Syria.

Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, 22 dan anak perempuannya, kini ditahan di bawah undang-undang ketat, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan selama dua tahun.

“Dia menyokong Daesh yang menggunakan keganasan dan mahu menyertai kumpulan itu,” kata Kementerian Dalam Negeri Singapura dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Penahanan wanita pertama Singapura itu mencetuskan kebimbangan berikutan peningkatan pengaruh Daesh di rantau ini. - REUTERS

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com