Kemaruk Dadah, Suami Isteri Dan Bayi Merempat Bawah Tangki SADA Kulim

 Tiga beranak tinggal di pondok diselamatkan

ALOR SETAR - Gara-gara terlalu asyik menghisap dadah, sepasang suami isteri berserta seorang bayi yang baru berusia dua tahun terpaksa hidup merempat di dalam sebuah pondok yang dibina dengan kotak di bawah tangki air Sada Sungai Karangan, Kulim.

Kisah mereka menjadi tular di Facebook telah mendapat perhatian dan berjaya diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lewat malam kelmarin.

Menurut Pegawai JKM Kulim, Mohamad Zarir Mohamad Khozali, difahamkan bahawa pasangan suami isteri berusia 32 dan 23 tahun itumasih dibawah seliaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Baling.

"Setibanya di lokasi kami dapati ada sebuah pondok uzur yang didirikan di atas tanah menggunakan plastik dan keadaannya amat menyedihkan.

"Hasil pemeriksaan terhadap bayi berusia dua tahun iaitu anak bongsu kepada pasangan tersebut telah menghidapi penyakit kulit kronik di bahagian kaki sehingga tidak mampu bergerak malah ibu muda berusia 23 tahun turut mengalami masalah kulit seluruh badan sehingga terpaksa menyeret kaki untuk berjalan,"katanya.

Pasangan hisap dadah tersebut dikatakan terpaksa tinggal di dalam pondok usang yang dibina tersebut ekoran  dihalau tuan rumah yang ditumpang mereka di sebuah kampung dekat Sidam Kiri, Kuala Muda sejak tiga minggu lalu kerana gagal membayar sewa rumah.

"Kita juga percaya mereka baru saja tinggal di sini melalui beberapa maklumat yang diperolehi dari pihak terlibat setelah dihalau tuan rumah di Kampung Sidam Kiri, Kuala Muda kerana tidak mampu membayar sewa bulanan,"katanya.

Malah si suami tersebut juga tidak bekerja dan hanya meraih simpati orang ramai manakala elaun JKM si isteri sebanyak RM200 sebulan juga turut dibelanjakan untuk mendapat bekalan dadah.

Pasangan ini memang tidak bekerja hanya mengharap bantuan orang ramai dan elaun JKM yang diperoleh isterinya untuk beli makanan dan bekalan dadah,"katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com