Dua Lori Bertembung Di Sg Petani, Pemandu Warga Emas Maut


SUNGAI PETANI – Dua lori tangki bertembung dekat terowong Taman Keladi di Kilometer 106.4, Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini malam semalam, menyebabkan seorang pemandu berusia 72 maut.
Kemalangan itu pukul 10.20 malam ketika mangsa, Tan Hoa Peng,72, dalam perjalanan dari Kulim,  merempuh  sebuah lagi lori tangki yang rosak akibat tayarnya pecah.

Mangsa maut selepas cerdera parah di bahagian kepala, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa,

 “Pemandu lori tangki itu cuba berhenti di lorong kecemasan keranasalah satu tayar pecah dan dalam masa yang mangsa gagal mengelak lalu merempuhnya., kata Md. Zukir

Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak keluar dan mati di tempat kejadian,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, seorang lagi pemandu lori tangki, Teoh Lai Aun, 33, dari Taman Sejati Indah di sini tidak mengalami sebarang kecederaa ndan ke disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com