AddThis

Tak Perlu Pada "Ehsan" Sebulan Mahathir, PAS Mampu Bergerak Sendiri


ALOR SETAR - PAS tidak perlu pada "ehsan" Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberikan tempoh sebulan untuk membuat keputusan menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan bahawa PAS sebelum ini telah berjaya membuktikan kemampuannya untuk bergerak secara solo di pentas politik negara.

“Kita sudah lama duduk bersendirian. Kalau Tun Mahathir kata kita tidak efektif, maka tidak perlulah kita masuk dalam pakatan itu, sebab kalau kita masuk nanti kita akan susahkan dia pula.

“Lebih baik kita bawa jalan masing-masinglah," katanya dalam satu kenyataan di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

PAS sebelum ini merampas Kelantan di zaman Mahathir berkuasa menjadi Perdana Menteri dan berjaya mengekalkan penguasaan politik di negeri itu meskipun Pengerusi PPBM itu telah meletak jawatan dari jawatan nombor satu negara itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa PAS bakal menjadi parti yang tidak efektif dalam dunia politik jika terus enggan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Mahathir turut mendakwa kononnya PAS tidak akan berjaya pada pilihan raya akan datang jika mereka memilih untuk bergerak secara bersendirian. - Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com