JPS Bantu Petani Mini Estet Di Padang Sanai

Jalan ke estet padi Padang Sanai kini dilebar bagi memudahkan kenderaan memasuki ke kawasan sawah itu
PADANG SANAI - Keluhan petani mini estet Padang Sanai mengenai bekalan air setiap kali musim penanaman selama ini mendapat perhatian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) apabila mereka mula menaikkan taraf pengairan di kawasan itu.

Ketua Unit Mini Estet, Mohd Arman Ismail, 38, berkata, petani di kawasan itu berterima kasih kepada JPS yang turun padang tempoh hari bagi meninjau masalah mereka yang sering kerugian akibat ketiadaan bekalan air.

"JPS sudah bersetuju membina rumah pam air, membersihkan sistem perparitan sepanjang 3 kilometer (km), membaiki jalan di kawasan itu sepanjang 3km dan memasang paip dari rumah ke pam ke sawah sepanjang 420m.

"Bantuan itu diharap memberi kekuatan dan semangat kepada petani terutamanya golongan muda melibatkan diri dalam aktiviti tanaman padi di sini," katanya.

Menurutnya, bantuan daripada JPS itu diharap akan dapat meningkatkan lagi pengeluaran padi di kawasan seluas 80 hektar itu.

“Pelbagai bantuan ini diharap petani tidak lagi akan kerugian beribu ringgit seperti sebelum ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com