Green Day Sokong Penuh Gerakan Anti-Trump


KUMPULAN rock alternatif Green Day menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kempen protes dan membantah pemilihan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang baharu.

Vokalisnya, Billie Joe Armstrong secara terang-terangan menyatakan, “Saya tak rasakan semua rakyat Amerika Syarikat bersedia menerima Donald Trump sebagai presiden.”

“Kempen anti-Trump pasti akan lebih mendapat perhatian lebih ramai penduduk selepas ini yang sememangnya menerima sokongan penuh saya,” katanya dipetik BBC.

Billie merupakan di antara golongan selebriti yang lantang mengkritik polisi kempen Trump, turut yakin negara Uncle Sam akan menjadi lebih ‘teruk’ sekiranya diterajui oleh taikun hartanah itu.

Green Day yang turut dianggotai Mike Dirnt dan Tre Cool sebelum ini pernah mengeluarkan lagu berjudul American Idiot pada tahun 2004, bertujuan mengutuk serangan Amerika ke atas Iraq yang dilancarkan bekas presiden, George W. Bush.

Protes ke atas kemenangan Trump melanda kota New York, Minneapolis, Phildelphia, Baltimoe dan San Francisco sejurus nama Trump diumumkan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45, Rabu lalu. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com