Ziarah Kubur Fadzil, Nik Aziz, Usaha Terakhir Mahathir Pisahkan Ahli PAS Dengan Hadi




 

Pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarulzaman Yusoff melihat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi kubur allahyarham Datuk Fadzil Noor di Pokok Sena, Kedah dan cuba menziarahi kubur Alahyarham Datuk Nik Abdul Aziz di Kelantan adalah satu usaha terdesak bagi memecah-belahkan PAS

Perbuatan Dr. Mahathir itu juga cuba meminggirkan ahli dan para penyokong PAS dari Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Kamarulzaman

Menurut beliau, ketika Dr. Mahathir 'cuba mendekatkan diri' dengan Fadzil dan Nik Aziz, bekas Perdana Menteri 22 tahun itu pada masa yang sama tidak henti-henti memburuk-burukkan dan memfitnah Abdul Hadi.

Ini termasuk dengan menyalahkan Presiden PAS itu sebagai punca berlakunya Peristiwa Memali, kata Kamarulzaman.

Di dalam ucapan "mati katak" beliau pada 3 Mei, Dr Mahathir terang-terang menuduh Abdul Hadi "menyuruh orang dia bunuh pegawai kerajaan" menyebabkan berlaku tragedi berdarah di Kampung Memali, Baling kira-kira 32 tahun yang lalu.

Bagaimanapun dakwaan itu (Amanat Hadi) telah dinafikan dengan tegas dan konsisten oleh Nik Abdul Aziz, Almarhum Yusof Rawa dan Fadzil yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah pada awal tahun 1986.

Sementara itu kata Kamarulzaman, lagi strategi memisahkan Abdul Hadi dari Almarhum Fadzil Noor dan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz turut diamalkan oleh Husam serta pemimpin PAN lain.
 
Kamarulzaman dalam tulisannya yang dipetik daripada Harakahdaily semalam berkata, sebenarnya tuduhan bahawa Peristiwa Memali berpunca daripada Amanat Haji Hadi ini telah dibuat oleh Dr Mahathir, Tun Musa Hitam (Menteri Dalam Negeri dan Tan Sri Rais Yatim (Menteri Penerangan) dulu. Menurutnya, kenyataan Mahfuz yang ketika itu adalah pemimpin PAS menyebut: "Arahan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri (Mahathir) untuk membunuh Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya)".
 
Sementara itu, kata Kamarulzaman, Naib Presiden PAN, Husam Musa mempertahankan Dr. Mahathir tetapi dalam masa yang sama menyanggah kenyataan yang pernah dibuat   Naib Presiden PAN, Datuk Mahfuz Omar pada 13 Mac 2002 yang menyalahkan Dr. Mahathir. - Kedahnews.com.

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir
 
 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com