Zahid Md. Arip Politikus Berlidah Biawak


DALAM politik, istilah paling hina ialah politik katak. Istilah ini merujuk kepada ahli politik yang suka ‘melompat’ parti iaitu bertukar keahlian parti tertentu.

Lebih teruk, istilah ini akan digunakan sebagai kata celaan pada ahli politik yang keluar masuk pelbagai parti kerana mencari manfaat peribadi.

Tapi, istilah paling teruk daripada politik katak ialah politik lidah biawak!

Tiada contoh terbaik bagi istilah lidah biawak – kecuali merujuk kepada calon PKR kerusi Parlimen Pekan di Pahang, Zahid Mat Arip (ZMA).

Beliau setelah meninggalkan PKR pada 2012 kemudian telah menubuhkan NGO TIBAI. Perkataan TIBAI merujuk kepada singkatan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim.

Dalam TIBAI, ZMA menggelarkan jawatannya sebagai Mursyidul Am. Jawatan yang waktu itu bunyinya setara dengan kedudukan Mursyidul Am PAS, allahyarham Nik Aziz Nik Mat.

Melalui kedudukannya sebagai Mursyidul Am TIBAI, ZMA dengan rakus mendedahkan:


1. Anwar Ibrahim bekas bosnya dalam gerakan reformasi 1998, adalah seorang homoseks.

2. ZMA menuduh Anwar juga berzina dengan Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor.


3. ZMA menuduh wujud kelompok homoseksual dalam PKR.

4. ZMA menuduh wujud budaya bertukar isteri dalam PKR.


Justeru ZMA, melalui TIBAI, dilihat cuba memenangi hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. ZMA dikatakan sangat bercita-cita mahu menjadi Setiausaha Politik PM.

Namun, disebabkan budaya politik kataknya, ZMA diabaikan. Namun, pada 2013, dia menyertai kem Tan Sri Isa Samad dan menyertai pasukan Pengerusi Felda itu.

Aib ZMA terdedah apabila ditahan SPRM pada September 2017, sebagai suspek bagi siasatan berhubung kes rasuah pembelian hotel Merdeka Palace di Kucing, Sarawak.

ZMA dituduh terbabit dengan isu rasuah RM50 juta. Menurut laporan, harga semasa hotel itu hanyalah RM110 juta. Namun, Felda membelinya pada harga RM160 juta.

Akibat berdendam dengan siasatan itu, malah ditahan dengan pakaian reman berwarna oren serta tangan bergari dan diseret ke mahkamah bagi permohonan reman, ZMA menyimpan dendam.

Pada 20 April, entah tiba-tiba, Penasihat PBBM, Mahathir mengumumkan, ZMA sebagai calon PKR di Pekan.

Kehadiran ZMA di Pekan diabaikan. Namanya dilihat kotor dan penuh najis dalam isu rasuah di Felda. Ada teori mengatakan, ZMA dihantar ke Pekan semata-mata untuk menyeret Najib ke kancah rasuah Felda.

ZMA pada 28 April, melancarkan serangan pertama kepada PM. Serentak dengan ceramahnya, portal propembangkang di UK, Sarawak Report turut menyerang Najib.

ZMA berharap ucapan dan isu Felda yang dimainkannya akan meletup. Namun, hingga kini, nama ZMA hanya ibarat seketul tahi yang hanyut di sungai. Suaranya langsung tidak dipedulikan.

Apa yang menjadi jenaka sepanjang waktu kempen PRU ke-14 ini, hanyalah tersebarnya video-video ZMA yang serba kontras.

Video-video ucapannya pernah menghina Anwar, Azmin dan Shamsidar sebagai pengamal homoseksual dan seks bebas, kini hangat semula.

Juga video-video ZMA mempertahankan Najib. Semua siri video ini diakhiri dengan ceramah ZMA mengkritik Felda.

Nyata ZMA menjadi beban yang bebal kepada PKR. Bukan saja di Pekan, tapi seluruh negara.

Semua ini hanya menjadikan ZMA sebagai ahli politik yang berlidah biawak! - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com