YSB Ceriakan 100 Pesakit Kanak-Kanak Di HSB


ALOR SETAR - Seramai 100 kanak-kanak yang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, gembira apabila menerima sumbangan Aidilfitri dan cenderahati yang disampaikan Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim, semalam.

Pengurus Besar YSB, Misbah Abdul Hamid, berkata program itu hasil kerjasama yayasan dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) yang mana sumbangan itu adalah daripada YSB serta sumbangan peribadi Tunku Puteri sendiri.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan sumbangan ialah RM5,000 dan program itu diadakan setiap tahun untuk memberikan keceriaan kepada kanak-kanak yang menjalani rawatan di hospital sempena Aidilfitri ini.

"Ini antara bantuan yang diadakan setiap kali musim perayaan dengan mengadakan lawatan di wad kanak-kanak dengan kerjasama LKPI.

"Selain itu, YSB juga akan mengadakan satu lagi program bantuan pada 7 Jun nanti menggunakan dana melalui yayasan sendiri membabitkan 300 keluarga," katanya.

Turut mengiringi, Pengarah JKM Kedah, Azmi Abd Karim dan Pengerusi LKPI, Datuk Daharah Ismail.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com