Yoo, Malik Bergandingan Dalam Kempen Rumah Ke Rumah Di DUN Alor Mengkudu


Calon Parlimen Alor Setar, Datuk Yoo Wei  How dan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu Abdul Malik Saat menjanjikan yang terbaik untuk penduduk jika menang PRU14 ini

Menjelang tarikh mengundi Rabu ini, Yoo dan Malik terus giat berkempen dari rumah ke rumah di kawasan Alor Mengkudu  dan taman-taman perumahan di samping mengadakan perjumpaan dalam kelompok kecil tanpa mengira waktu.

Kehadiran dua calon itu disenangi penduduk. Yoo dan Malik yang saling memerlukan sokongan atau undi daripada orang Melayu dan Cina.

Alor Setar mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu sementara DUN Alor Mengkudu memilik lebih 75 peratus Melayu.    

Yoo berkata, selepas kalah kepada pembangkang pertama kali  pada PRU13,  penduduk kehilangan peruntuk RM6 juta setahun sedangkan rakyat memerlukanya untuk melaksanakan projek kecil di kawasan Alor Setar.

" Oleh itu berikan sokongan kepada BN dan bukan beri undi kepada parti lain termasuk orang luar yang dtang untuk bertanding di Alor Setar," kata Yoo dalam ucapan ringkasnya kepada sekumpulan pengundi di Taman Tunku Yaakob di kawasan DUN Alor Mengkudu semalam. 

Yoo yang juga Pengerusi Organisasi MCA Kebangsaan dan bekas Ahli Dewan Negara akan ditentang oleh calon PAS Muhamad Aminur Syafiq Mohamad dan calon PKR, Chan Ming Kai.


Sementara itu Malik yang juga kali pertama ditonjolkan untuk menawan semula DUN itu berjanji akan melaksanakan khidmat dengan sebaik mungkin jika diberi mandat.

"Kita tidak boleh mengharapkan lagi pembangkang membuat perubahan, wakil BN perlu seiring dengan kerajaan negeri dan pusat, " kata Malik yang juga pengyelaras DUN itu sejak 2013.

'"Jangan pertaruhkan masa depan anak cucu kepada parti pembangkang yang belum tentu mampu mentadbir negara dengan lebih baik," kata Malik anak Kampung Alor Melintang, Alor Setar

Beliau akan menentang calon PAS, Ahmad Yahya dan calon PKR Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi yang 'berpindah' dari Pengkalan Kundur, Kuala Kedah. - Kedahnews.com

#TolakPakatan
#PakatanDAP
#BersamaBN
#UndiBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com