Waspada Serangan Mengejut Saat Akhir Menjelang PRU-14


ALOR SETAR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi memberi peringatan kepada jentera dan penyokong Barisan Nasional (BN) agar sentiasa berwasapada terhadap serangan mengejut di saat akhir seperti fitnah besar-besaran menjelang beberapa hari lagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengambil iktibar pada PRU-13 yang lalu, BN dilihat tidak bersedia apabila difitnah membawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh ke Malaysia, ujar Zahid.

“Itu adalah serangan mengejut saat akhir. Masa tu UMNO dan BN tak bersedia dan tak jangka bahawa fitnah itu boleh dipercayai rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Tapak UiTM di Baling, Kedah, pada Jumaat.

Sejurus fitnah itu tersebar, Zahid berkata kerajaan segera memeriksa kapal terbang yang mendarat dari Bangladesh dan negara sekitarnya.

“Kalau 40,000 pengundi Bangladesh, ertinya pada PRU-13, ia memerlukan 100 jumbo jet tetapi pemeriksaan mendapati tiada jet sedemikian rupa. Tetapi fitnah ini dipercayai oleh rakyat kerana terpengaruh dengan kempen pembangkang,” katanya petik Suara TV.

Dalam pada itu, bagi mengelakkan amalan fitnah ini terus berleluasa, Zahid menegaskan pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang menerbitkan dan menyebarkan berita palsu.

“Tunggu masa akan sampai. Tindakan pasti akan sampai. Ini bukan amaran. Saya bukan menteri amaran. Tunggu sahaja. Yakin Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan ambil tindakan.

“Kita bukan khuatir atau takut dengan berita palsu tapi kita merasakan demokrasi perlu diterjemahkan sebaik-baiknya. Tak guna memfitnah dan menipu, gunakan cara kempen yang bersih.

“Fitnah kalau diulang berulang kali maka orang akan percaya,” katanya. - Kedahnews.com

#Fakenews
#JomBN
#BersamaBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com