Warkah Terbuka Anggota Keselamatan Buat Mahathir....


Abla Rantau dalam tulisannya pada facebook semalam menarik perhatian ramai. Berikut komentarnya bagi menjawab surat terbuka Tun Mahathir kepada Polis dan Tentera.:

"Hebat sungguh Tun cuba mencuit hati kami anggota pasukan keselamatan dalam hal pilihanraya kali ini. Sejak bila pula Tun pandai bermadah dan cuba mengajar kami apa perlu kami buat bila berhadapan dengan situasi keselamatan.

Tun baru terjaga dari lena agaknya atau dia baru tersedar sudah hilang kuasa selepas membersarakan diri sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa. Atau dia sudah terlupa jasa jasa pasukan keselamatan semasa dia berkuasa dulu. Maklumlah MELAYU MUDAH LUPA (ayat ini Tun sering cakap)

Tun sudah tidak releven memujuk atau menasihat kami apa yang perlu kami buat.

LUPAKAH TUN..Pasukan keselamatan yang daif zaman Tun inilah yang mempertahankan negara dari segala ancaman tanpa arahan Tun. Semua kami buat sendiri.

LUPAKAH TUN...berapa ramai anggota keselamatan yang terkorban dan cacat, isteri kehilangan suami dan anak kehilangan bapa demi mempertahan negara dan Tun selama 22 tahun di atas takhta.

LUPAKAH TUN...hanya berbekal semangat kami berjuang berbanding dengan peralatan, logistik, senjata dan komunikasi yang orang kampong cakap “ciput” yang Tun bekalkan di zaman Tun. Semua peralatan itu hanya layak digunakan oleh negara mundur dunia ketiga saja.

LUPAKAH TUN...siapa yang bersunguh-sungguh memeterai perjanjian damai parti komunis pada tahun 1989 semata-mata untuk memperkuatkan kerajaan Tun hingga Tun bersara. Ada Tun ambil kesah?

Dengan perjanjian itulah Tun mampu memerintah dan mentadbir dengan aman sehingga disanjung melangit sampai sekarang. Tun dipuja sedangkan kami menderita.

Gaji pun tak seberapa ketika itu. Berapa kali kami dapat kenaikkan gaji di zaman Tun? Apa pemodenan pasukan keselamatan yang Tun pernah buat? Berapa banyak bajet yang Tun peruntukan setiap tahun untuk pasukan keselamatan sedangkan Tun berbangga dengan berbillion menaikkan dua tiang batu nesan KLCC dan berbillion lagi mendirikan mahligai di Putrajaya? Ada Tun kesah?

LUPAKAH TUN...siapa yang mempertahankan Tun ketika Anuar Ibrahim dipecat sebab kesalahan jenayah rasuah dan seksual. Memang mahkamah sudah buktikan dia bersalah tetapi Tun telah mengaibkan dia dan keluarganya seantero dunia. Banyak kerosakan yang Anwar buat. Setiap hari demonstrasi dan bakar sana-sini bertahun tahun lamanya sehingga Tun berasa aman bersara awal.

 Kamilah yang bersengkang mata, berpanas dan berhujan, berkorban waktu rehat dan cuti bersama keluarga. Ada Tun kesah? Tup tup sekarang Tun berpeluk kembali dengan Anwar demi kelangsungan untuk berkuasa semula. SIA- SIA SAJA PENGORBANAN KAMI KETIKA ITU. Terasa nak sumpah seranah Tun tapi kami masih ada iman.

LUPAKAH TUN...apa yang Tun sudah lakukan dengan Tun Musa Hitam, Tengku Razaliegh Hamzah, Abdullah Ahmad Badawi dan terkini Najib. Tindak-tanduk Tun itu menjadikan politik kucar kacir, demonstrasi, peningkatan kadar jenayah, social disorder dan berbagai lagi. Siapa yang mempertahankan kerajaan Tun ketika itu? Ada Tun kisah?

LUPAKAH TUN...siapakah yang berkuasa ketika peristiwa Memali. Siapa yg terkorban? LUPAKAH TUN. Tiba-tiba Tun kata mereka itu MATI KATAK. Adakah kami pasukan keselamatan ini pun MATI KATAK? Kami tidak sehina itu wahai Tun pujaan ramai. TERIMA KASIHLAH TUN KATA KAMI MATI KATAK. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih sekali lagi. Terima kasih sekali lagi....

LUPAKAH TUN...siapa yang mencipta political disorder ketika Tun memerintah sehingga berlaku permusuhan di kalangan orang Melayu dan Islam yang berlainan ideologi politik? Siapakah yg mempertahankan Tun? Ada Tun kisah?

Banyak lagi yang kami pendam hingga tak tertulis rasanya. Biarlah kami simpan dendam itu...moga-moga Allah membuka hati kami untuk memaafkan Tun. Entah bila kami tak tahu. KAMI RASA TERTIPU DAN DITIPU OLEH TUN selama ini. Terasa hinanya kami ini. Sia-sia sahaja pengorbanan kami selama ini apabila Tun buat pusingan U berbaik, berpeluk, menangis dan menyembah MUSUH yang Tun cipta semasa berkuasa dulu. Rupa-rupanya ia PALSU semata-mata.

Sekarang Tun nak pula mencipta KEPALSUAN baru konon kerajaan sekarang zalim dan jahat serta menindas rakyat. Mereka dipilih oleh rakyat dan kami yang mempertahankan mereka. Apa dosa rakyat yang mengangkat kerajaan sekarang melalui pilihan raya. Apa dosa kami mempertahankan kerajaan sekarang. Terlalu banyak kebaikan yang kami dapat dari kerajaan sekarang yang AMBIL KISAH kebajikan kami pasukan keselamatan. Serendah rendah pangkat kami dapat juga membeli kenderaan dan kediaman untuk keselesaan keluarga. Jika belum beli rumah dapatlah kami rumah kerajaan yang selesa.

Sangat jauh bezanya antara zaman Tun dengan zaman kerajaan sekarang walaupun Tun hina dan aibkan mereka seantero dunia dengan SKRIP PALSU yang belum dibuktikan.

Cukuplah kami ditipu dengan SKRIP PALSU TUN berabad lamanya. Cukup cukuplah Tun... jangan mengajar apa yang patut kami buat. Kami tahu bagaimana nak jaga keselamatan negara ini. Jangan ganggu kami. Jangan cipta lagi political and social disorder palsu dalam negara tercinta ini. Kami dan anak cucu kami lama lagi nak hidup menghirup nyamannya keamanan dan kedamaian
MALAYSIA BUMI BERTUAH.

Biarkan kami dengan cara kami. Jangan ajar kami.
Esok kami akan menunaikan kewajipan sebagai warganegara membuat pilihan yang betul mengundi awal...bukan memilih KEPALSUAN YANG DICIPTA. Kami tidak akan TERTIPU LAGI DENGAN SKRIP PALSU Tun."

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah.
Dari Abla Rantau, Pasukan Keselamatan Yang TIDAK TERTIPU LAGI. Berkibar megah PANJI PANJI DIRAJA PDRM/ATM - Kedahnews.com


#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com