Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Mahu Mengundi


KUALA LUMPUR - Seorang warga emas meninggal dunia ketika mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata lelaki berusia 78 tahun itu dikatakan tiba-tiba jatuh pengsan ketika sedang beratur untuk mengundi di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Taman Petaling.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya yang memeriksa mangsa di lokasi, katanya ketika dihubunginya.

Menurutnya mangsa tiba di pusat pengundi itu bersama-sama keluarganya dari Petaling Jaya pada kira-kira 9.30 pagi.

"Keluarga mangsa turut memberitahu bahawa kematiannya mungkin berkaitan dengan penyakit yang dialami si mati seperti penyakit jantung, kencing manis dan masalah paru-paru," katanya.- BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com