Wanita UMNO Kecewa Dengan Tun M


MARANG - Pergerakan Wanita UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutama yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad amat kecewa dengan tindakan pemimpin itu yang sanggup menyerah diri untuk diperkudakan DAP.

Ketua Wanita BN, Tan Sri Shahrizat Jalil, berkata ketika Dr Mahathir masih memimpin UMNO, Wanita UMNO sentiasa menyokong beliau ketika diserang bertubi-tubi pihak lawan dan tentunya kecewa apabila bekas perdana menteri itu berpaling tadah dan bersekongkol dengan pembangkang.

"Kami dalam Pergerakan Wanita pernah berkhidmat di bawah Tun M, naik turun Tun M, kamilah yang mendokong beliau. Kami amat kecewa apabila Tun M menyerah diri dan sanggup diperkudakan DAP.

"Itu kami tak boleh terima," katanya selepas majlis Program Jelajah Cakna Bersama Tan Sri Shahrizat Jalil di Dewan Sivik Bukit Payung di sini, semalam.

Hadir sama, calon Parlimen Marang, Mohamad Nor Endot dan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payung, Toh Puan Zaitun Mat Amin.

Terdahulu dalam ucapannya, Shahrizat berkata barisan pemimpin pembangkang menentang kerajaan kerana mempunyai agenda peribadi, bukannya berjuang demi kepentingan rakyat.

"Mereka masuk pakatan kerana agenda sendiri dan tak peduli dengan cara apa pun akan cuba rampas negara ini daripada BN.

"Ramai dalam kalangan mereka sudah tiada tempat dalam UMNO, sepatutnya mereka sedar masa sudah berlalu, bagilah (peluang) kepada orang lain pula," katanya.

Sumber:BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com