Wanita Dibelasah Hingga Mati Disangka Penculik


WANITA dibelasah hingga mati oleh penduduk kampung kerana disalah sangka sebagai penculik selepas cuba memberi coklat kepada kanak-kanak di kampung terbabit.

Kejadian berlaku di Tiruvannamalai daerah Tamil Nadu, selatan India apabila mangsa dikenali sebagai Rukhmani, 65, dari Chennai diserang bersama keluarganya.

Pada mulanya, mereka sekeluarga hanya bertanya arah jalan kepada seorang wanita tua yang duduk di luar rumah bersama cucunya.

Rukmani kemudiannya mengedarkan coklat itu kepada mereka sebelum wanita tua terbabit memaklumkan penduduk kampung dia mengesyaki keluarga terbabit sebenarnya penculik kanak-kanak.

Penduduk kampung mula menyoal keluarga itu yang cuba melarikan diri, tetapi berjaya dikejar sebelum dipukul bertubi-tubi.

Susulan kejadian itu, polis menahan 43 penduduk kampung yang mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan selain mengesahkan mereka semua akan dibicarakan atas tuduhan bunuh. 

Sumber: Daily Mail

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com