Wan Azizah Nafi Nurul Izzah Akan Kahwin YDP Agong

 

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau tidak tahu tentang khabar angin bahawa anaknya Nurul Izzah Anwar akan melangsungkan perkahwinan dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V.

Timbalan Perdana Menteri itu menafikan berita tersebut dan menegaskan bahawa beliau tidak tahu mengenainya.

Khabar angin tersebut mula tular apabila Dr. Wan Azizah dan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian pada 24 Mei lalu.

Lawatan ke Kelantan itu adalah yang pertama untuk Dr Wan Azizah selepas diangkat sebagai TPM.

Bagaimanapun, mesej tular itu mengatakan bahawa pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan perkahwinan Nurul Izzah dan YDP Agong.

Sementara itu Nurul yang juga Naib Presiden PKR turut menafikan dakwaan tersebut selain meminta agar semua pihak memberi perhatian kepada perkara yang lebih penting.

“Tolong abaikan berita palsu yang tersebar. Marilah kita memberi perhatian kepada kerja menyelamatkan ekonomi negara,” katanya yang dipetik daripada portal mStar.



Sumber  – MalaysiaGazette


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com