Wak Dari Kuala Ketil Kongsi Rahsia Kesihatan


KUALA KETIL - Seorang warga emas percaya minum air kosong selepas bangun tidur ialah amalan terbaik mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Latid Mohd Tahir,61, atau mesra dipanggil  Wak berkata, amalan itu membantu mengekalkan tahap kesihatan terbaik dengan syarat air kosong diminum sebelum berkumur dan berselawat.

Katanya, dia melakukan amalan itu sejak 30 tahun lalu, yang menjadi amalan arwah datuk dan diteruskan arwah ayah.

"Wak sendiri amalkan dan dapat rasa sendiri keberkesanan. Sebelum minum, jangan lupa berselawat, paling elok dibaca dengan selawat Jibril,” katanya.

Menurutnya, dengan amalan itu, dia juga masih mampu melakukan kerja-kerja berat.

“Wak terus terang, Wak masih boleh berlari dan panjat pokok. Amalan ni juga bantu untuk mudahkan kita bangun awal pagi,” katanya.

Wak yang berasal dari Johor dan kini menuntut di Pondok Kejai di sini berkata, minum air tanpa berkumur bukan perkara jijik.

“Haiwan seperti anjing atau kucing pun jika luka akan jilat tempat berkenaan. Lama-lama akan sembuh.

“Apatah lagi air liur kita, Wak berani cakap sebab Wak sendiri dah amalkan,” katanya.

Wak berkata, golongan muda di saran tidak meninggalkan petua orang lama kerana ia tersirat dengan kebaikan

“Pesan Wak, orang muda sekarang jangan tinggalkan petua orang lama, ikut dan carilah. Amalan ni tak datang sendiri.

“Kalau nak sihat kena selalu amalkan dan rajin-rajinlah bertanya pada orang tua,"  katanya.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com