Video: Mahathir Kata Najib Nanti Masuk Neraka! Adakah Mahathir Ini Tuhan?


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan membuat andaian sendiri kononnya ketika di akhirat kelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dimasukkan ke dalam neraka.

Berucap di majlis ceramah PH di Taman Keramat, Hulu Kelang malam tadi yang sebahagian besarnya dihadiri penyokong DAP, bekas Perdana Menteri yang memerintah selama 22 tahun itu juga mendakwa Najib cuba merasuah penjaga pintu syurga.

“Tuan-tuan dan puan-puan, duit tidak boleh beli semuanya. Duit tidak boleh beli syurga di akhirat. Jasa baik, budi baik, kerja untuk rakyat, keadilan, itu yang menjaminkan tempat kita di akhirat.

“Tetapi Najib bila sampai ke akhirat, hulur duit seringgit. Dia ingat dia boleh beli orang yang jaga pintu syurga. Orang itu halau dia pergi ke neraka kerana buat jahat banyak sangat,” kata Mahathir penuh yakin sambil disambut gelak ketawa penyokong PH.

Tindakan beliau yang mempermainkan hukum agama ini bukannya baru malah sebelum ini Mahathir membuat hukum sendiri apabila mendakwa 1MDB adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk menunaikan haji.

Beliau sudah beberapa kali ditegur oleh mufti supaya tidak mengeluarkan hukum sesuka hati.

Dalam Islam, pintu syurga tidak dijaga oleh orang perseorangan atau mana-mana manusia, sebaliknya yang bertugas menjaganya adalah malaikat, makhluk ciptaan Allah SWT yang taat setia dan sentiasa beribadah.

Malaikat yang menjaga pintu syurga bernama Ridhwan manakala malaikat penjaga pintu neraka bernama Malik.

Ini bukan kali pertama Mahathir memainkan sentimen agama serta hukuman syurga dan neraka mengikut pandangan politiknya. Beliau tidak berhak mengambil tugas Allah SWT untuk menentukan syurga dan negara seseorang.

Pada 2016 ketika berucap di Ketereh, Kelantan beliau juga menggambarkan Najib akan memimpin ahli UMNO ke neraka.

“Ohh Najib… pimpinlah kami semua ke neraka, inilah UMNO yang ada sekarang” katanya dalam Majlis Bicara Rakyat Ketereh Kelantan pada 26 Ogos 2016.

Kenyataan Mahathir malam tadi dan sebelumnya bagaikan ludah yang terpalit ke muka sendiri kerana pada 2009, beliau pernah secara sinis menyelar Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu syurga dan neraka.

“Saya tahu Nik Aziz dah pergi tengok syurga dan neraka sebab itulah dia boleh cakap dengan jelas. Orang lain semua tidak boleh, dia satu-satunya orang yang lebih daripada manusia biasa kerana manusia biasa hanya selepas mati baru boleh pergi syurga, tetapi dia tidak boleh balik untuk ceritakan semula.

“Kita pun tidak tahu sama ada Nik Aziz akan ke syurga atau neraka, cuma apa yang kita tahu sebagai manusia kena hidup sebagai orang baik. Tetapi tidak boleh pula cakap orang baik tidak ke neraka kerana kadang-kadang mereka juga buat silap, menghina orang.

“Siapa yang nak tahu (masuk syurga atau neraka) lebih baik pergi tanya dia, dahulu ada seorang wanita yang buat salah pergi berjumpanya dan Nik Abdul Aziz ampunkan dia,” kata Mahathir secara sinis dipetik dari laporan berita bertarikh 19 Ogos 2009.

Persoalan sekarang, adakah Mahathir sudah berpengalaman melihat syurga dan neraka serta bertemu dengan malaikat yang menjaga kedua-dua pintu itu sehingga tergamak sesuka hati menghukum dan mendakwa Najib akan dimasukkan ke neraka?

Apa sudah jadi pada Mahathir? 

Sumber – SuaraTV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com