Video Lucah Mirip Pelakon Syafiq Kyle Dijual RM20?


Seorang pengguna Twitter memuat naik video berdurasi 2 minit pada malam Ahad.

JIKA beberapa bulan lalu dunia hibruan dikejutkan dengan penyebaran gambar kemaluan kononnya milik Zul Ariffin, kini tular pula video tidak senonoh pelakon drama bersiri Nur iaitu Syafiq Kyle.

Sejak malam Ahad, pengguna Twitter mula membicarakan video berkenaan apabila ia disebarkan menerusi laman sosial itu yang memperlihakan individu mirip Syafiq Kyle melakukan perkongsian sembang video bersama seorang wanita dikenali sebagai Mira.


Menerusi video tersebut ia menyaksikan lelaki berkenaan sedang berbual tentang perkara yang tidak senonoh selain dia mengajak wanita itu untuk melakukan hubungan seks sekiranya mereka berjumpa.

Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuklah ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen.

Terdapat pemilik akaun Instagram turut mendakwa memiliki dua lagi video sambungan dan menawarkan untuk dijual kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM20.00

Sementara itu, rata-rata peminat mula meminta penjelasan daripada aktor berkenaan tentang kesahihan video tersebut.


Namun, setakat ini pelakon Syafiq masih belum memberi sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut walaupun ruangan komen di Instagram miliknya dan juga Twitter mula dihujani dengan pelbagai persoalan.

Video berkenaan turut memaparkan Syafiq memegang alat sulitnya untuk dipertontonkan kepada wanita berkenaan.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com