VIDEO: "Kalau Tak Makan Pujuk, Kita Ugut.." - Calon PH Dun Ayer Hangat


LANGKAWI - Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hangat, Johari Bulat, menggesa jentera partinya supaya mengugut mereka yang gagal dipujuk untuk menyokong calon parti itu pada PRU ke-14 kali ini.

Johari yang bertanding atas tiket PKR itu meminta jentera partinya untuk lebih giat berkempeng khususnya kepada rakan sekerja, jiran dan saudara mara supaya memberi undi pada calon yang mewakili Pakatan Harapan.

"Marilah tolong.. tolong! Tolong kempen sama... Yang hat kita tu takpa dah, kuat dah. Rakan sekerja kita, jiran-jiran kita, sepupu sepapat kita... eh! Hang tak berani ka nak ubah? (Kita) nak perintah negara dah ni..

"Kalau boleh kita pujuk. Kalau tak makan pujuk, kita ugut..," katanya memetik sebuah rakaman video ucapan beliau di sebuah pondok panas di sini, baru-baru ini.

Johari turut hadir di majlis Kenduri Rakyat Kepulauan Tuba, Selat & Dayang Bunting Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini tengahari tadi, namun tidak diberi ruang untuk berucap meskipun calon Dun Kuah, Mohd Firdaus Ahmad, diberi kesempatan menyampaikan ucapan.

Johari dijangka sukar untuk menggugat penyandang kerusi Dun Ayer Hangat, Dato' Mohd Rawi Abdul Hamid yang bertanding mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU ke-13 yang lalu.

Mohd Rawi yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri yang menerima 11,166 undi pada PRU ke-13 yang lalu menang bergaya dengan majoriti 5,311 undi, menewaskan calon PAS, Zubir Ahmad, yang cuma memperoleh 5,855 undi dalam pertembungan satu lawan satu.

Mohd Rawi dijangka tidak mempunyai masalah untuk menang sekali lagi kali ini berdasarkan reputasi dan khidmatnya yang sering turun padang mengambil berat soal kebajikan kawasan yang diwakili calon BN itu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com