Video: Jom Tonton Klip Pendek Menifesto BN


DALAM beberapa hari sahaja lagi, seluruh rakyat Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam menentukan kepimpinan negara dan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Tanggungjawab yang kini di tangan lebih dari 14.8 juta pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei ini bakal menyaksikan pertembungan sengit membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun, kepala segala pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PH) dilihat masih bertalu-talu cuba menyampaikan dakyah propaganda kepada rakyat dengan berunsurkan tiga perkara utama iaitu fitnah, hasutan dan harapan palsu.

Hal ini dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menerusi satu rakaman video kempen Barisan Nasional (BN) yang turut julung-julung kalinya menampilkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kempen berkenaan, Khairy mempersoalkan tindakan puak pembangkang yang hanya tahu mengkritik dan memfitnah BN tanpa melihat fakta sebenar dasar-dasar yang telah dilaksanakan kerajaan.



BN sepanjang 60 tahun mentadbir negara telah dijadikan bahan fitnah oleh PH yang tidak putus-putus cuba menyampaikan perkara buruk mengenai kerajaan kepada rakyat.

Ini seakan sudah dijadikan ‘makanan ruji’ mereka yang kemudiannya cuba memberikan harapan palsu kepada rakyat.

Inilah hakikat sebenar PH yang gagal memenuhi manifesto dan janji mereka sendiri kepada rakyat di Parlimen dan DUN dibawah jajahan mereka.

Namun apa yang rakyat perlu fikirkan sebelum membuat pilihan yang tepat semasa membuang undi nanti? Jom kita nilai kata-kata dan jawapan dari Perdana Menteri sendiri.

Semoga ia dapat memberi inspirasi kepada kita semua memutuskan pihak yang paling layak untuk memerintah dan menjamin kesejahteraan kita, seluruh rakyat Malaysia. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com