Video: Bomoh ‘Islam’ Guna Pistol Mainan Rawat Pesakit?


SEJAK sekian lama, ramai dalam kalangan masyarakat memilih kaedah rawatan secara saintifik berbanding dengan kaedah rawatan alternatif tradisional.

Tidak dinafikan, masih ramai yang tegar menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan bomoh atau dukun sebagai salah satu kaedah merawat apa sahaja permasalahan samaada disihir mahupun diserang penyakit misteri.

Cara tradisional ini juga sering dikaitkan dengan amalan pemujaan jin yangn kononnya mengamalkan cara perawatan Islamik, namun hakikat sebenarnya sudah jauh terpesong dari syariat islam.

Pun begitu, netizen di media sosial sejak semalam dikejutkan dengan aksi seorang perawat ‘islam’ yang merawat beberapa pesakitnya menggunakan sepucuk pistol mainan kanak-kanak.

Menerusi perkongsian daripada bomoh itu sendiri di laman Facebook Perubatan Islam Ustaz Raffi,  individu itu dilihat ‘menembak’ salah seorang pesakitnya beberapa kali di bahagian anggota badan seperti dada, kepala dan tangan.

Mungkin ianya agak melucukan apabila kedengaran bunyi ‘phew, phew, phew’ dari pistol tersebut yang terang terang keanak-anakan.

Aksi ‘menembak’ itu kemudian diteruskan sambil melaungkan beberapa potongan ayat dipercayai kitab Al-Quran sehingga meminta pesakit wanita itu membuka mata kembali.

Kaedah rawatan pelik itu lantas menimbulkan rasa musykil dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan perawat berkenaan cuba bermain-main dengan pesakitnya.

Namun apa yang pasti, kebanyakan netizen meluahkan pendapat mereka mengecam tindakan bomoh itu yang secara jelas mengulangi perbuatan khurafat seperti yang pernah dilakukan oleh Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin beberapa tahun lalu.

“Orang-orang separuh waras macam ni la yang merosakkan satu-satu agama atau amalan, lebih-lebih lagi muncul tukang-tukang back up dalam ruang komen yang dah sah memang nampak separuh waras tapi masih nak di back up,” – tulis Joe Edwin Banau.

“Amatlah diharapkan agar pembekal pistol mainan tidak menaikkan harga sesuka hati berikutan penggunanya bukan hanya kanak-kanak, malah golongan yang matang juga menggunakannya,” kata Mohd Fridaus Abd Rahim. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com