'Utamakan Yang Wajib Dari Sunat' - Hadi Sindir Mahathir


ALOR SETAR - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang merancang untuk menziarahi kubur bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka, semalam.

Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan supaya lebih mengutamakan perkara wajib berbanding sunat dalam amalannya.

"Kita perlu balik kepada cara Islam wajib... tapi yang jadi masalahnya dia tinggal yang wajib buat yang sunat.

"Pergi ziarah (kubur) itu perkara sunat... kalau ada surat khabar tolong tulis, ziarah kubur itu sunat dan melantik pemimpin (daripada kalangan) orang Islam yang betul adalah wajib," katanya ketika berucap pada ceramah umum Pilihan Raya Umum ke-14 di Wakaf Bharu di sini malam tadi.

Nasihat itu diberikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berhubung tindakan calon PKR Parlimen Langkawi itu yang mahu menziarah kubur Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam.

Sementara itu, media semalam turut melaporkan sekitar jam 9 pagi, anak Allahyarham, Nik Adli bersama anggota keluarga serta sekumpulan penyokong PAS bertindak mengunci pagar tanah perkuburan tersebut dan menutup pintu laluan masuk ke tanah perkuburan itu dengan menggunakan sebuah lori.

Perkara tersebut telah mengundang kemarahan penyokong PPBM yang mengutuk cara PAS yang menghalang Mahathir melawat kubur Nik Aziz di media sosial Facebook. - Kedahnews.com

#HarapanPalsu #TolakPakatan #PakatanDAP #DosaDosaMahathir #TsunamiPHitnah

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com