UMNO Pecat Daim, Rafidah Dan Rais Kerana Sokong Pembangkang


Lembaga Disiplin UMNO telah memecat tiga veteran UMNO yang juga bekas menteri iaitu Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim.

Keputusan menyikngkirkan  bekas pemimpin UMNO itu bukalah sesuatu yang mengejutkan kerana tindak- tanduk mereka yang kebelakangan ini menyokong gabungan pembangkang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika mengesahkan perkara itu berkata, surat pengguguran keahlian mereka telah ditandangani olehnya semalam.

“Saya berada di ibu pejabat UMNO semalam dan sudah menandatangani surat pengguguran keahlian mereka, " katanya seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana teramsuk Utusan.

“Mengikut perlembagaan parti mereka sebagai veteran UMNO tahu bahawa tindakan mereka itu salah apabila berceramah di atas pentas pembangkang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan ketiga-tiga bekas menteri terbabit yang kini menyokong pembangkang.

Tambah Tengku Adnan lagi, beliau tidak bertindak berdasarkan ‘cakap-cakap’ sebaliknya sudah memperoleh bukti bergambar.

 Daim ialalah bekas Bendahari UMNO sementara Rafidah ialah bekas Ketua Wanita UMNO pada era Dr. Mahathir sebagai presiden UMNO.

Tindakan memecat veteran UMNO itu wajar kerana menyokong parti pembangkang yang diketuai Mahathir bersama pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat  untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional menjelang PRU14.

Rais pula  pernah meninggalkan UMNO dan bersama Parti Melayu Semangat 46 namun kembali semula kepada UMNO pada hujung tahun 90an.- Kedahnews.com.

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com